Huzaimi's World

SELAMAT DATANG... LAWATILAH KEDUA-DUA LAMANWEB PERIBADI SAYA DIBAWAH!

saya repellingHai! Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang aktiviti luar ni, tapi hanya sekadar memiliki pengalaman dan pengetahuan yang boleh kita kongsi bersama. Melakukan aktiviti luar, lasak dan mencabar adalah salah satu daripada minat saya yang sukar untuk dipisahkan. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, namun saya amat gembira dan berpuas hati dengan sebarang aktiviti yang berjaya saya lakukan.

            Dengan cara mengalaminya sendiri, anda akan dapat mempelajari sesuatu ilmu yang tidak boleh diperolehi secara teori. Manusia, haiwan, tumbuhan dan hidupan lain didunia ini diciptakan mempunyai jalinan yang erat dan harmoni antara satu sama lain. Dengan cara berekreasi dan mengembara tidak kira kemana jua, secara tidak langsung akan menimbulkan rasa cinta kita kepada alam disamping meingkatkan daya ketahan diri dan mental yang sihat.


Klik untuk masuk ke Out Coverage:

Enter Out Coverage

Selamat Datang...

Kami Penuntut Diploma Pengajian Perniagaan 06 (intake Dis'96 - Nov'99), Universiti Teknologi Mara Kampus Sabah, dengan berbesar hati mempersembahkan kepada anda sebuah laman web yang antik ini! Diharap dengan adanya laman web ini, kami berharap agar kenangan suka-duka yang lalu tetap segar di ingatan dan hubungan yang telah terjalin hampir sekian lama akan tetap erat untuk selamanya...

Panjang Umur Kita Jumpa Lagi...

Klik untuk masuk ke DBS Classic :

Enter DBS Classic
Huzaimi's World is copyrighted © 2000. All Rights Reserved | Site Design and Layout are by Huzaimi Mohd. Ghazali